Malam semalam, Ibu panaskan air. Sampai penuh electronic flask tu.
Lepas tu, selepas beberapa jam, ibu pegi dapur nak buat air. Terkejut dia tengok flask tu kosong!
Aku yang tak tau ape benda pun terkejut jugak. Haha.
Mula la sesi CSI, belek atas bawah flask tu, memikirkan logik ke mana air tu dah menghilangkan diri. Tak ada bahagian bocor, tak ada kesan basah di mana-mana.
Aku dengan ibu lagi la rasa pelik. Ibu bagi teori flask tu dah rosak dan dah rebus air sampai kering. Aku pulak bangkang, berserta fakta-fakta Sains (ye la, SPM Sains dapat A1 tau!). Mustahil la kering dalam cerek, habis mana wap air tu semua pegi? Kan? Kan?
Lantas, tanpa banyak songeh, ibu panaskan air sekali lagi, nak melihat misteri kehilangan air tu. Yang menariknya, sampai di saat aku taip blog ni, air semalam masih ada. Haha.
Tiba-tiba, adik aku yang Tingkatan 4 tu ketawa terbahak-bahak. "Aku ambik air tu buat ais la!"
Ceh. -_-"
Misteri Kehilangan Air
Tuesday, July 21, 2009
Posted by © b lo o d y h o n e y 2 8 at 3:49:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
coyy! adik hang rupenye yg guna..
bikin saspen! haha
TAU XPE..HAHA.
wakaka
ajim ni sngja wat saspen.
aku punyala tanak bukak blog hang mlm td sbb takot dgq misteri2 neh.
cehhhhhhhhhh
aku tertipooooooo
mwahahahah, aku ngn mak aku lg la saspen!
Post a Comment